Bagi yang belum ada pengalaman masak untuk kenduri?? mahu mencuba untuk mengurus katering. Kak su sediakan senarai semak agar setiap yang dirancang berjalan dengan cemerlang. Selamat mencuba. ✅ SENARAI SEMAK KENDURI MASAK SENDIRI 1. PERANCANGAN AWAL Tentukan tarikh & masa majlis Senarai nama jemputan & anggaran tetamu Tentukan lokasi (rumah/dewan/halaman) Tentukan bajet keseluruhan Pilih menu utama & lauk tambahan Senaraikan tenaga kerja (ahli keluarga/gotong-royong/caterer bantuan 2. MENU & BAHAN MENTAH Beras (ikut anggaran pax, cth: 1kg beras ≈ 10–12 orang untuk nasi putih) Daging/ayam/ikan/udang/sotong (ikut menu utama) Rempah ratus & bahan masakan (bawang merah, bawang putih, halia, cili, santan, serai, lengkuas, kunyit dsb.) Sayur-sayuran untuk lauk sampingan & ulam Buah-buahan pencuci mulut Minuman (air sirap, teh, kopi, air mineral) Bahan kuih-muih/dessert (jika ada) 3. PERALATAN MEMASAK ...